BERITA SEMASAPMX

Malaysia sedia bantu Bangladesh kembalikan keamanan, ketenteraman – PM Anwar

PUTRAJAYA – Malaysia sedia membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.

Kesediaan itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Ketua Penasihat kepada Kerajaan Interim Bangladesh, Prof. Muhammad Yunus, malam tadi.

“Malam tadi saya telah membuat panggilan telefon kepada sahabat lama saya, Prof. Muhammad Yunus, bagi mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar susulan pelantikan beliau sebagai Ketua Penasihat kepada Kerajaan Interim Bangladesh baru-baru ini.

“Prof. Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu,” kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Perdana Menteri turut menambah, beliau turut gembira dengan jaminan yang diberikan oleh Muhammad Yunus untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti.

Anwar seterusnya memaklumkan, Muhammad Yunus turut menjemput beliau untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button