BERITA SEMASA

Malaysia, Russia perkukuh kerjasama sektor pertanian

PUTRAJAYA – Malaysia dan Russia terus memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan menerusi beberapa siri pertemuan antara kedua-dua kerajaan baru-baru ini.

Lawatan dari 13 hingga 17 Mei lalu itu disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai sebahagian daripada delegasi rasmi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan pada hari ini memaklumkan pertemuan itu turut membincangkan peluang pelaburan serta penerokaan teknologi pertanian antara kedua-dua negara.

“Di sela-sela program di Moscow, Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Russia, Oksana Lut.

Datuk Seri Mohamad Sabu berbincang bersama PYT Oksana Lut, Menteri Pertanian Rusia, bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan antara Malaysia dan Rusia di Moscow, baru-baru ini.
Datuk Seri Mohamad Sabu berbincang bersama PYT Oksana Lut, Menteri Pertanian Rusia, bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan antara Malaysia dan Rusia di Moscow, baru-baru ini.

“Dalam pertemuan ringkas itu, beliau memaklumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk meluluskan dasar penyerantauan (regionalisation) bagi penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) di Wilayah Penza, serta menyerahkan surat rasmi berkaitan perkara berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.

Mohamad turut menghadiri Kazan Forum 2025 di Kazan dan mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Menteri Pertanian Rusia, Maxim Markovich.

“Pertemuan ini memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kerjasama sedia ada serta meneroka potensi baharu dalam sektor pertanian secara lebih strategik, tersusun dan mampan,” katanya lagi.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dr. Akma Ngah Hamid serta beberapa pegawai kanan KPKM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button