
Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan dengan Boeing
KUALA LUMPUR – Malaysia terus memperkukuh hubungan pertahanan dengan syarikat penerbangan dan pertahanan global, Boeing melalui perbincangan strategik yang berlangsung di Wisma Pertahanan, semalam.
Melalui satu hantaran di media sosial, Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaparkan foto menunjukkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat daripada wakil-wakil syarikat Boeing yang diketuai oleh Dr. Brendan Nelson, bekas Menteri Pertahanan Australia yang kini menjawat jawatan sebagai President of Boeing Global serta ahli Majlis Eksekutif Boeing Company.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama dalam sektor pertahanan, termasuk aspek operasi dan strategi syarikat.

Mohamed Khaled turut diberi taklimat mengenai pengoperasian Boeing, sekali gus membuka ruang untuk memperluas kerjasama dalam industri aeroangkasa negara.
“Pertemuan ini membawa kepada persetujuan bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai aspek, khususnya dalam memperluaskan keupayaan penyelenggaraan dan pembaikan tempatan bagi pesawat tempur F/A-18 dan dron ScanEagle,” kata beliau.
Langkah itu dijangka meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dalam aspek pemuliharaan aset pertahanan negara.
Kerjasama yang diperkuatkan itu selaras dengan usaha Malaysia untuk meningkatkan keupayaan teknologi dan logistik dalam sektor pertahanan di samping memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |