BERITA SEMASAPMX

Malaysia komited kukuhkan kepimpinan serantau

TOKYO – Malaysia tetap komited untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, sekali gus menjejaskan negara-negara membangun.

Sehubungan itu, katanya, sebagai persiapan untuk memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia komited untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.

“Usaha ini termasuk memperkenalkan kerangka Ekonomi Madani untuk pembangunan yang mampan dan inklusif serta Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan 2030 (NIMP 2030) untuk memacu industri strategik seperti semikonduktor dan keluli.

“Malaysia juga melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, menunjukkan komitmen negara terhadap kemampanan alam sekitar,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Nikkei Forum 29th Future of Asia, di sini hari ini.

Dalam ucapan itu, Anwar turut menggariskan antara usaha lain diambil Malaysia ialah memanfaatkan aliran masuk pelaburan langsung asing dan kepelbagaian rantaian bekalan global untuk pembangunan yang lebih seimbang.

Anwar turut menekankan kepentingan solidariti dan kerjasama di kalangan negara-negara Asia untuk mencapai masa depan yang aman, stabil dan makmur.

“Kita mesti berdiri bersama, tidak membiarkan kekuatan luaran atau persaingan tidak sihat menarik kita jauh daripada matlamat yang lebih besar,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button