Berita SemasaPM X

Malaysia fokus pada tadbir urus, tanggungjawab fiskal untuk gerakkan ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mampu menggerakkan ekonominya ke depan sekiranya tadbir urus yang baik dan tanggungjawab fiskal tidak menjadi keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, negara juga telah belajar dari kekurangan lalu seperti isu rasuah dalam menambahbaik perkembangan ekonomi.

“Malaysia antara negara paling aman di dunia dan mempunyai perkembangan ekonomi terpantas dan dengan itu kita perlu mula memfokuskan kepada isu tadbir urus dan tanggungjawab fiskal.

“Kita perlu mula dengan keutamaan itu bagi mengembangkan lagi potensi negara… kita ada pengalaman lalu pada tahun 1990-an,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika bercakap pada sesi Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi, yang disiar secara langsung, hari ini.

Kira-kira 1,000 pemimpin dari 92 negara berhimpun di Riyadh, Arab Saudi, sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) mengenai Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan yang berlangsung selama dua hari hingga esok.

Ia bertujuan merapatkan jurang Utara-Selatan yang semakin meningkat, serta mencari penyelesaian kolaboratif untuk menghadapi cabaran bersama.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, inisiatif dilaksanakan pentadbiran kerajaan Arab Saudi tidak boleh dipandang ringan kerana ia dilihat menjadi peneraju suara dalam pembangunan ekonomi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button