
Malaysia akan terus tangani isu berkaitan Laporan Pemerdagangan Manusia AS
PUTRAJAYA – Malaysia akan terus berusaha menangani isu kes culik kanak-kanak dan kes buruh paksa warga Bangladesh yang dijangka memberi kesan kepada Laporan Pemerdagangan Manusia 2025 yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) tahun depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha Malaysia menangani isu-isu tersebut akan berlandaskan syor yang sudah diterima dalam laporan itu bagi tahun ini.
“Terdapat lapan aspek positif, tujuh negatif dan 16 tumpuan yang perlu dilakukan kerajaan dan semua ini kita simpulkan kepada tiga keutamaan dalam isu pemerdagangan manusia di negara ini.
“Pertama adalah mempertingkatkan kerjasama untuk seluruh agensi yang ada. Kedua kita memperhebatkan langkah untuk mengenal pasti dan melindungi mangsa melalui gandingan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
“Ketiga adalah kita bertekad untuk menambah baik dan memperkukuhkan pendakwaan khususnya di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
“Oleh demikian semua perkara-perkara (penculikan kanak-kanak dan buruh paksa Bangladesh) kita sudah ambil kira dalam memperbaiki kedudukan kita dalam laporan itu,” katanya, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian dalam sidang akhbart selepas hadir pada majlis sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia dan Majlis Apresiasi Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO), di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






