BERITA SEMASA

Malaysia akan mendapatkan maklumat WHO berhubung penyakit baharu STSS

PUTRAJAYA – Malaysia akan mendapatkan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) atau ‘jangkitan bakteria pemakan daging’ yang semakin menular di Jepun waktu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan mendapatkan maklumat penting daripada WHO agar negara dapat mengambil langkah awal kawalan pencegahan yang sewajarnya.

“Kita belum dapat apa-apa maklumat atau perkembangan, tapi kita memerlukan input daripada WHO, itu sangat mustahak,” kata beliau.

Jelasnya, maklumat yang diterima daripada WHO KKM dapat mengambil langkah kawalan bagi penyakit tersebut.

“Buat masa ini, ia belum sampai ke CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis) atau ke bahagian jangkitan kita,” tambahnya lagi.

Majlis pelancaran myBRP@CKAPS.

Dr Dzulkefly menyampaikan kenyataan tersebut dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran myBRP@CKAPS di sini hari ini.

Terdahulu, di Jepun mencatatkan melebihi 1,000 kes STSS pada tahun 2024, seperti dilapor oleh Xinhua yang memetik Institut Alergi Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button