Berita Semasa

Malam Inspirasi Seni rai ulang tahun ke-150 bandar Taiping

TAIPING – Peminat seni dari seluruh negara dijemput untuk menyertai Malam Inspirasi Seni yang bakal diadakan pada 1 Jun di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari.

Acara yang dirancang sempena ulang tahun ke-150 bandar Taiping dan Tahun Melawat Perak itu merupakan edisi ketiga dari siri acara Concert in the City, Jelajah Inspirasi Seni Malaysia Utara 2022, dan Kembara Inspirasi Seni Perak 2023.

Pengurus projek, Ahmad Syafiq berkata, tujuan utama acara itu adalah untuk memperkukuhkan peranan seni dalam kehidupan bandar serta mewujudkan hubungan lebih rapat antara seni budaya dengan rakyat Malaysia, terutamanya di negeri Perak.

“Lokasi yang dipilih, Pavilion Zoo Taiping & Night Safari, adalah mercu tanda utama bandar Taiping yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

“Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan pentas oleh kumpulan tarian tradisional dan empat buah kugiran muzik terkenal iaitu Kazim, Suav, Guha Humana, dan Teguh Budiman,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mengunjungi ‘Pop Up Store’ yang menawarkan barangan pakaian dan aksesori dari pengusaha tempatan.

Syafiq memaklumkan waktu acara dibahagikan kepada dua sesi, iaitu dari jam 12:00 tengah hari hingga 6:00 petang dan dari jam 8:00 malam hingga 11:00 malam.

Untuk menyaksikan persembahan pentas, kemasukan adalah percuma.

“Pertubuhan Pendidikan Inspirasi Sosial Ipoh (Inspire Ipoh), dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengharapkan sokongan daripada semua untuk menyertai Malam Inspirasi Seni yang bakal menghidupkan suasana seni di bandar Taiping,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button