
Majlis Silaturahim Aidilfitri PPM Wilayah Satu 2025 disambut meriah
BATU UBAN – Majlis Silaturahim Aidilfitri 2025 anjuran Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berlangsung meriah di Dewan Komuniti, Markas PPM Wilayah Satu, di sini semalam.
Majlis yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PPM itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Beliau hadir bersama isteri, Datin Norazah Wan Chik yang juga Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Pulau Pinang.
Kehadiran mereka disambut oleh Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari dan isteri, Zaleha Ahmad selaku Pengerusi PERKEP PPM Wilayah Satu serta barisan pegawai kanan pasukan tersebut.
Turut memeriahkan majlis ialah ketua-ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, ketua-ketua polis daerah, ketua formasi dan wakil, pegawai-pegawai kanan serta anggota PPM Wilayah Satu.
“Pelbagai pengisian menarik diadakan termasuklah penyampaian cenderahati kepada pegawai yang bertukar, pemberian duit raya kepada anak-anak, persembahan khas serta penyampaian hadiah bagi kategori gerai dan pakaian tercantik.
“Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah dan minuman tradisional Aidilfitri yang disediakan kepada para tetamu, sekali gus menjadikan sambutan ini sebagai platform yang menyatukan seluruh warga PPM dalam suasana penuh harmoni dan muhibah,” menurut kenyataan di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |