Berita Semasa

Majlis Iftar Muhibah pupuk semangat perpaduan

PUTRAJAYA – Majlis Iftar Muhibah yang bertemakan “Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan” berlangsung dengan jayanya di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Majlis yang penuh makna ini dihadiri oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna sebagai tanda memuliakan majlis diikuti dengan ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Na’im Mokhtar.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang objektif dan tujuan utama majlis tersebut iaitu untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan kaum.

“Majlis ini merupakan satu usaha penting untuk memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita hidup dalam kepelbagaian, tetapi melalui perpaduan yang kukuh, kita dapat menghadapi segala cabaran dengan lebih kuat,” ujarnya.

Beliau juga menekankan bahawa majlis seumpama itu adalah salah satu cara untuk memperkukuhkan kesatuan dan keharmonian dalam negara serta memupuk hubungan yang lebih erat di antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Acara yang mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat itu memperlihatkan keharmonian dan perpaduan yang terus subur di Malaysia.

Selain itu, majlis tersebut turut menjadi platform penting untuk mempererat silaturahim dalam kalangan rakyat, sekali gus merangsang semangat perpaduan nasional.

“Dengan tema “Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan”, Majlis Iftar Muhibah ini adalah satu contoh terbaik bagaimana perayaan dan tradisi dapat mempereratkan ikatan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini,” tambahnya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button