Majlis berbuka puasa Kementerian Digital platform eratkan hubungan
PUTRAJAYA – Kementerian Digital mengadakan majlis berbuka puasa bersama seluruh warga kementerian Digital yang berlangsung di Menara Usahawan, di sini hari ini.
Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo, yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital dan Timbalan Menteri Digital.
Dalam ucapannya, Gobind Singh Deo menyampaikan penghargaan yang tinggi kepada semua yang hadir, serta mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tahun.
“Sebagai sebuah kementerian digital, kita harus sentiasa menghargai kepelbagaian yang ada di negara ini,” katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa bulan Ramadan adalah satu bulan yang sangat bermakna untuk seluruh umat Islam, dan acara berbuka puasa ini sudah menjadi tradisi tahunan Kementerian Digital, sebagai platform untuk mengeratkan hubungan sesama warga kementerian.
“Kita merupakan negara yang amat unik dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan inilah yang memacu kita untuk maju ke hadapan.
“Apa yang kita lihat hari ini adalah satu contoh bagaimana kita saling menghormati dan mengukuhkan persefahaman antara satu sama lain,” kata Gobind Singh dalam ucapannya.
Dalam masa yang sama, satu sumbangan telah disampaikan kepada Rumah Bakti Al Kausar, Bangi, sebagai tanda keprihatinan Kementerian Digital terhadap golongan yang memerlukan.

Penyampaian sumbangan ini turut disaksikan oleh para hadirin sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan yang dijalankan oleh Rumah Bakti Al Kausar.
“Program berbuka puasa ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga kementerian untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








