Berita Semasa

Majlis Aidilfitri KPN bertukar jadi majlis tahlil Tun Abdullah

PUTRAJAYA – Majlis Bertaut Kasih di Aidilfitri anjuran Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari, di sini hari ini digantikan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi memperingati pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh penghormatan itu dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Bacaan Yasin dan tahlil dipimpin oleh pegawai agama kementerian, disusuli dengan doa khusus buat Allahyarham.

Penganjuran majlis itu memberi ruang kepada seluruh warga kementerian menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan seorang tokoh besar negara yang banyak berjasa dalam usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian nasional.

Allahyarham Tun Abdullah dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa menitikberatkan kesejahteraan dan perpaduan ummah sepanjang pentadbirannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button