
MAIWP nafi tuduhan kartel urus bantuan asnaf
CYBERJAYA – Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) menafikan kewujudan kartel dalam mengendalikan bantuan untuk asnaf seperti didakwa satu waris di media sosial, baru-baru ini.
Menurut MAIWP, pemberian bantuan berbentuk barangan dan peralatan perlu melalui proses perolehan tender terbuka yang berkuat kuasa.
“Pembekal dilantik mengikut zon ditetapkan bagi memastikan ketelusan dalam pembekalan yang dilaksanakan,” kata MAIWP dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang waris asnaf berhubung kesilapan dan kelewatan pemberian lampin pakai buang, yang sepatutnya jenis ‘pants’, tetapi diberikan jenis ‘tape’ di bawah skim Bantuan Perubatan MAIWP.
Berhubung aduan wanita itu, MAIWP memberitahu akan membuat penilaian semula sekiranya terdapat keperluan khas perubahan spesifikasi pembekalan yang dipohon.
“Untuk rekod atas keprihatinan MAIWP, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan mulai tahun 2018 kepada keluarga ini.
“Antaranya bantuan kewangan bulanan, bantuan menyelesaikan hutang, bantuan khas kanak-kanak orang kurang upaya, bantuan perubatan am, bantuan sewa rumah bulanan, bantuan perniagaan dan bimbingan keusahawanan serta lain-lain bantuan disediakan di MAIWP,” katanya.
Sepanjang tahun lalu, MAIWP telah menyalurkan RM47.69 juta kepada 6,398 asnaf di bawah Skim Bantuan Perubatan MAIWP kepada asnad di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Untuk tahun ini, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM60.1 juta bagi skim bantuan berkenaan dan ia melibatkan bantuan secara bulanan dan pemberian secara ‘one off’ mengikut keperluan asnaf dengan dokumen sokongan daripada pakar perubahan bertauliah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |