BERITA SEMASALUAR NEGARA

Mahmud Abbas lantik Hussein al-Sheikh Naib Presiden pertama PLO

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmud Abbas melantik Hussein al-Sheikh sebagai Naib Presiden pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), langkah yang dilihat sebagai usaha menentukan pengganti kepimpinan masa depan.

Jawatankuasa Eksekutif PLO, Wasel Abu Yousef berkata, pelantikan itu dibuat selepas jawatan Naib Presiden diwujudkan dalam satu konvensyen di Ramallah minggu ini.

“Walaupun di tengah tekanan antarabangsa PLO akan merombak strukturnya serta memperkukuh peranan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Gaza, ” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hussein, 64, merupakan pemimpin veteran Fatah dan rapat dengan Abbas.

Beliau pernah dipenjarakan Israel lebih sedekad dan kini mengetuai jabatan perundingan PLO serta mengawasi misi diplomatik Palestin di luar negara.

Sementara itu, Pegawai kanan Hamas Bassem Naim berkata, legitimasi hanya datang melalui perjuangan rakyat dan pilihan raya.

Beliau turut mengkritik pelantikan terbaru itu tanpa mandat rakyat.

PLO yang ditubuhkan pada 1964, berfungsi mewakili rakyat Palestin dalam rundingan antarabangsa, manakala PA mengurus pentadbiran di wilayah Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button