Mahkamah Beijing arahkan Malaysia Airlines bayar pampasan RM1.68 juta kepada waris MH370
PETALING JAYA – Mahkamah di Beijing mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan melebihi 2.9 juta yuan (kira-kira RM1,686,000) bagi setiap tuntutan kepada waris penumpang pesawat MH370, lapor penyiar negara China, CCTV.
Keputusan itu membabitkan lapan kes tuntutan yang difailkan waris kepada lapan penumpang pesawat malang berkenaan.
Menurut laporan sama, sebanyak 47 lagi kes berkaitan tuntutan pampasan telah berjaya diselesaikan dan ditarik balik, manakala 23 kes masih berjalan di mahkamah.
Malaysia Airlines setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan tersebut.
Insiden kehilangan pesawat MH370 terus kekal sebagai antara misteri paling membingungkan dalam sejarah penerbangan dunia.
Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








