BERITA SEMASA

Mahasiswa perlu diberi peluang belajar dari kesilapan – Ezal Zamri

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Hang Tuah Jaya menyambut baik pendekatan berhemah yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung insiden membabitkan beberapa pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Ezal Zamri berkata, tindakan Anwar yang menyeru agar pelajar terbabit tidak dibuang universiti wajar dipuji kerana memberi ruang kepada generasi muda untuk memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan.

“Walaupun ada pandangan yang melihat tindakan pelajar ini sebagai tidak sesuai, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghukum mereka secara keras sehingga menutup masa depan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelajar merupakan generasi pewaris negara dan insiden seumpama ini perlu dijadikan ruang pembelajaran, bukan punca kepada penghakiman yang melampau.

Tambah Ezal, perbezaan pandangan dalam kalangan mahasiswa adalah lumrah dan penting dalam memupuk budaya demokrasi yang sihat serta matang di institusi pengajian tinggi.

“Suara anak muda perlu terus diberi ruang, tetapi dengan adab dan rasa tanggungjawab. Institusi pendidikan tinggi seharusnya menjadi medan untuk membentuk pemikiran kritikal dan perbincangan yang sihat,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru agar insiden tersebut tidak dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan bersuara mahasiswa, sebaliknya memperkukuh kefahaman terhadap peranan serta batas-batas dalam menyampaikan pandangan secara beretika.

Ezal turut berkata, peranan universiti bukan hanya sebagai pusat akademik, tetapi juga ruang untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berani, berprinsip dan mampu berfikir secara terbuka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button