SUKANBERITA SEMASA

LTdL 2024: Beberapa laluan utama di Langkawi akan ditutup Ahad ini

LANGKAWI – Beberapa laluan utama di sekitar Langkawi akan ditutup bermula pukul 3 petang ini hingga 2 petang Ahad sempena perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 edisi ke-28.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, memaklumkan bahawa penutupan jalan bermula pukul 3 petang itu melibatkan Jalan Padang Matsirat, dari lampu isyarat Pokok Asam hingga lampu isyarat Dundung.

“Penutupan dan lencongan itu dilakukan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada persiapan di kawasan pekan Kuah, yang menjadi lokasi permulaan perlumbaan peringkat pertama LTdL 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti melalui lampu isyarat Sungai Menghulu, Jalan Padang Gaong, Lebuhraya Langkawi, Jalan Ayer Hangat, serta Pekan Kuah dan Jeti Kuah.

Penutupan turut melibatkan beberapa jalan lain bermula jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi esok bagi acara ‘Domestique Ride’, termasuk Jalan Padang Matsirat, Lencongan Putra 1, Penarak, Ayer Hangat, Pantai Kok, Kuala Teriang, Nyiur Chabang dan Ulu Melaka.

“Jalan-jalan lain seperti Jalan Makam Mahsuri, Mata Air, Padang Matsirat, Lapangan Terbang, Kuala Muda, Teluk Baru, Temonyong, Bukit Malut dan Padang Matsirat juga akan ditutup semasa acara berlangsung,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa penutupan dan lencongan secara berperingkat akan diteruskan semasa perlumbaan peringkat pertama LTdL 2024 sejauh 96.5 kilometer pada Ahad.

Orang ramai diingatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran acara ini.

Perlumbaan LTdL 2024 meliputi jarak keseluruhan 1,190 kilometer dan akan bermula di Langkawi sebelum meneruskan laluan ke Peringkat 2 (Arau-Butterworth), Peringkat 3 (Taiping-Cameron Highland), Peringkat 4 (Kuala Kubu Baru-Bentong), Peringkat 5 (Kuala Lumpur-Melaka), Peringkat 6 (Batu Pahat-Kulai), Peringkat 7 (Miri-Bintulu) dan berakhir di Peringkat 8 (Bintulu).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button