
LTAT santuni anggota keselamatan dengan agihan bubur lambuk
LUMUT – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi pasukan sukarelawan Jalinan Wira LTAT menganjurkan program penyediaan dan agihan bubur lambuk sempena Ramadan bagi menghargai anggota keselamatan yang bertugas.

LTAT dalam kenyataannya berkata, program yang diadakan di Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut dan Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah itu bertujuan mengukuhkan semangat kebersamaan serta menghargai jasa anggota tentera.
“Program itu adalah sebahagian daripada inisiatif LTAT bagi mempererat hubungan dengan warga pertahanan, selain menyemarakkan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan,” menurut kenyataan itu.
Di Lumut, warga Markas Pemerintahan Armada Barat bersama sukarelawan Jalinan Wira LTAT bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebelum mengagihkannya kepada anggota yang bertugas.

Sementara itu, di Kem Bukit Kayu Hitam, Pegawai Pemerintah Kem, Lt Kol Mohd Ezrin Daud, bersama pasukan sukarelawan Jalinan Wira LTAT dan anggota 5 Rejimen Sempadan turut serta dalam penyerahan bubur lambuk kepada anggota bertugas.
Ketua Jabatan Hartanah LTAT, Zairuddy Zainal, bersama Lt Kol Mohd Ezrin Daud turut menyampaikan bubur lambuk kepada anggota 5 Rejimen Sempadan.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Pencarum LTAT, Khairul Anwar, pula menandatangani buku pelawat 5 Rejimen Sempadan, diiringi oleh Lt Kol Mohd Ezrin Daud, Zairuddy Zainal dan Ketua Jabatan Kewangan LTAT, Syazrin Eliza Yazid.

Menurut LTAT, program itu bukan sekadar pengagihan makanan tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada anggota keselamatan yang bertugas menjaga kedaulatan negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |