LSHSM utamakan kebajikan pekerja dalam pengurusan Kuala Lumpur Tower
KUALA LUMPUR – LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) memastikan kesinambungan perkhidmatan selepas mengambil alih pengurusan Kuala Lumpur Tower, dengan 193 daripada 205 pekerja sedia ada menerima tawaran untuk meneruskan perkhidmatan.
Baki pekerja tidak dapat menyambung perkhidmatan atas faktor kematian, persaraan atau penolakan peribadi.
Pengerusi Bukan Eksekutif Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital), Tan Sri Lim Keng Cheng berkata, langkah tersebut mencerminkan komitmen pihaknya dalam memastikan kestabilan operasi Kuala Lumpur Tower, dengan memberi peluang kepada pekerja berpengalaman untuk terus berkhidmat di bawah pengurusan baharu.
“Keutamaan kami adalah untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan bagi seluruh kakitangan. Kami percaya bahawa pekerja yang berpengalaman memainkan peranan penting dalam memastikan operasi berjalan lancar dan berkesan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, langkah itu juga merupakan sebahagian daripada komitmen LSHSM untuk menjaga kebajikan pekerja sebagai elemen utama dalam memastikan kestabilan dan kelancaran operasi Kuala Lumpur Tower.
Tambahnya, LSHSM turut memastikan bahawa segala prosedur peralihan pengurusan dijalankan dengan telus dan teratur.
Selain itu, Keng Cheng turut mengesahkan bahawa semua aset dan barangan pengurusan terdahulu telah diserahkan kepada Kementerian Komunikasi untuk pengurusan lanjut, dengan LSHSM bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan bangunan tersebut sepanjang tempoh konsesi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





