BERITA SEMASA

LIMA’25: Hampir 600 petugas media turun buat liputan

LANGKAWI – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) yang bermula di sini hari ini meyaksikan penglibatan hampir 600 petugas media membuat liputan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, angka ini melebihi jumlah petugas media yang hadir dua tahun lepas.

“Dari segi liputan rasmi, kita dimaklumkan tahun ini lagi ramai wartawan (datang untuk membuat liputan).

“Kalau dua tahun lalu, dalam 400 orang, kali ini pendaftaran cecah 600 (orang),” katanya dalam temubual bersama RTM, hari ini.

Mengenai liputan internet, Fahmi berkata liputan yang baik bukan sahaja memanfaatkan petugas media tetapi juga pengunjung LIMA’25 yang mahu berkongsi pengalaman mereka.

“Bagi orang awam, keperluan internet yang baik itu memuaskan, liputan 5G memuaskan, dan sudah pasti ramai yang akan muatnaik kandungan, video ke media sosial,” katanya lagi.

LIMA’25 yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei tahun ini merupakan salah satu daripada pameran pertahanan yang unggul di rantau ini.

Pameran terbahagi kepada dua iaitu sektor aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan sektor maritim di Awana Porto Malai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button