BERITA SEMASA

Lima sekeluarga maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

PARIT – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, awal pagi tadi apabila lima sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di Jerantut, Pahang dikebumikan dalam satu liang lahad.

Kesemua mangsa terdiri daripada Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; suaminya, Mohamad Ikmal Ishak, 26; serta tiga adik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli, 21; Mohamad Azizul Hakimi, 19; dan Nurul Hazwani, 17.

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Jerantut–Feri–Maran, Jerantut, Pahang.

Jenazah dibawa dari Hospital Jerantut menggunakan van jenazah dan tiba di Masjid Jamek Bota Kanan sekitar pukul 12.30 tengah malam untuk disolatkan, sebelum dibawa ke tanah perkuburan berdekatan bagi urusan pengebumian pada jam 1.45 pagi, memetik laporan Kosmo! Online.

Lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara, penduduk kampung serta kenalan terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Menurut ahli keluarga, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Perak untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara mereka apabila tragedi berlaku.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam semalam di Kilometer 7, Jalan Jerantut–Feri–Maran apabila kenderaan jenis Perodua Bezza yang dinaiki kesemua mangsa dipercayai membuat pusingan U secara tiba-tiba sebelum dirempuh sebuah Toyota Alphard dari arah bertentangan.

Akibat perlanggaran itu, kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard dilaporkan mengalami kecederaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button