BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lima dikhuatiri tertimbus dalam bangunan kediaman runtuh di Turkiye

KONYA – Sebuah bangunan empat tingkat di sini runtuh semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima individu terperangkap di bawah runtuhan.

Pasukan penyelamat yang dikerahkan ke lokasi kejadian berjaya mengeluarkan dua mangsa yang mengalami kecederaan.

“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

“Punca runtuhan masih belum diketahui dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut,” menurut kenyataan pihak berkuasa Konya.

Bangunan empat tingkat yang roboh sepenuhnya dalam kejadian di Konya, Turkiye, semalam.

Gabenor Konya, Ibrahim Akin mengesahkan bahawa lima ahli sebuah keluarga dipercayai masih terperangkap di dalam bangunan tersebut.

Insiden berlaku hanya tiga hari selepas kebakaran dahsyat di sebuah hotel 12 tingkat di resort ski yang mengorbankan 78 nyawa di barat laut Turkiye.

Turki kini berhadapan insiden bangunan runtuh selepas gempa bumi besar pada 2023 yang menyebabkan ribuan bangunan runtuh dan lebih 50,000 nyawa terkorban.

Pada tahun 2004, sebuah bangunan 12 tingkat di Konya runtuh menyebabkan 92 maut dan kira-kira 30 orang cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button