Lima cedera, kenderaan bertembung lori 10 tan
KUDAT – Lima individu nyaris terkorban apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Molong Kolong, di sini pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 8.28 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat enam mangsa dengan seorang daripadanya tersepit di dalam Perodua Myvi.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan kekuatan lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ECRS).
“Empat lagi mangsa telah dibawa keluar lebih awal dari kenderaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata kenyataan PGO, memetik laporan Buletin TV3.
Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kudat menggunakan EMRS dan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada pukul 9.51 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






