Lihat kembali zaman pentadbiran kuku besi – Fahmi kepada Tun M
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan kebebasan bersuara disekat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, bekas Perdana Menteri itu masih bebas mengeluarkan kenyataan dan menghadiri apa-apa majlis.
Malah Fahmi berkata, jika dibandingkan kerajaan pada masa ini dengan kerajaan pimpinannya terdahulu, ia ibarat langit dengan bumi.
“Kasihan Dr Mahathir, dia masih bebas bergerak, masih bebas untuk hadir, masih bebas untuk keluarkan kenyataan, jauh seperti langit dengan bumi zaman pentadbiran sekarang dengan zaman pentadbiran dia.
“Waktu itu saya masih ingat akhbar ditutup, orang yang berdemonstrasi di jalan raya dipukul , ditangkap, ditendang, dipenjara,” katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Dr. Mahathir mengkritik kerajaan dengan mendakwa kebebasan bersuara di negara ini telah disekat.
Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga mendakwa polis tidak bertindak apabila ada orang disimbah asid dan dipukul.
Mengimbas kembali zaman pemerintahan Dr. Mahathir, Fahmi berkata, terdapat jurang perbezaan yang luas dengan pentadbiran kerajaan hari ini.
“Lihat balik zaman pentadbiran Dr Mahathir dahulu, di mana seorang Timbalan Perdana Menteri dilucutkan jawatan dan kemudian diheret sama ada ke mahkamah ataupun dipukul dalam tahanan.
“Ramai yang berdemonstrasi di jalan raya diperlakukan. Itu semua berlaku zaman Dr Mahathir, bukan zaman sekarang,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






