
Liga Super: Rayuan Kelantan FC ditolak
KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab Liga Super, Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi saingan 2024-2025.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Perlesenan Kelab MFL, Mohd Yasin Abdullah, keputusan tersebut adalah selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.
“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi, sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, Kelantan FC sebelum ini mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024.
Terdahulu, pasukan yang berpengkalan di timur tanah air itu didakwa gagal melengkapkan dua kriteria kewangan dibawah sub kriteria F.04 dan F.11.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






