BERITA SEMASA

LHDN umum pelantikan 2 Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif yang baharu

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan perlantikan dua Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif yang baharu berkuat kuasa mulai esok.

Menurutnya dalam satu kenyataan, Shaharrudy Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Operasi Percukaian) manakala Khairul Halimin Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Pengurusan) yang baharu.

“Selaras dengan pelantikan tersebut, perubahan portfolio Datuk Wan Ramiza Wan Ghazali telah berubah dari bahagian operasi ke bahagian dasar dan Datuk Hisham Rusli ke bahagian pematuhan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button