BERITA SEMASA

LHDN sasar penglibatan lebih 200,000 peniaga dalam fasa seterusnya E-Invoice

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan penglibatan kira-kira 200,000 peniaga menerusi pelaksanaan fasa e-Invoice yang seterusnya pada Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, sejak pelaksanaan fasa pertama dan kedua yang lalu, dianggarkan lebih 20,000 peniaga telah menggunakan sistem itu dengan pengeluaran kira-kira 170 juta invois setakat Februari lalu.

Bagaimanapun katanya, penggunaan sistem itu akan diperluaskan kepada syarikat yang mempunyai perolehan tahunan antara RM500,000 hingga RM25 juta.

“Cabaran utama adalah untuk memastikan peniaga bersedia serta memahami keperluan penggunaan invois elektronik ini dalam urus niaga mereka.

“Kita telah berjaya dalam fasa pertama dan kedua, tetapi jumlah peniaga yang terlibat masih dalam lingkungan 20,000. Fasa lebih besar akan bermula Julai nanti dengan sasaran lebih 200,000 peniaga,” katanya pada Majlis Iftar Ketua Pegawai Eksekutif LHDN bersama Media 2025 di sini, malam ini.

Dr. Abu Tariq Jamaluddin menyampaikan cenderahati kepada wakil-wakil media pada Majlis Iftar Ketua Pegawai Eksekutif LHDN bersama Media 2025 di sini, malam ini.

Kerajaan pada Ogos tahun lalu mengumumkan pelaksanaan E-Invoice yang mewajibkan aktiviti perniagaan mengeluarkan E-Invoice sebagai langkah meningkatkan ketelusan percukaian serta mengurangkan isu kehilangan resit dan pemalsuan dokumen kewangan.

Sementara itu, Dr. Abu Tariq mengharapkan kerjasama media untuk terus menyebarkan maklumat mengenai sistem itu dalam memastikan pelaksanaannya lebih lancar.

Dr. Abu Tariq Jamaluddin menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Pemasaran Malaysia Tribune, Rahmat Sabri Razali pada Majlis Iftar Ketua Pegawai Eksekutif LHDN bersama Media 2025 di sini, malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button