BERITA SEMASA

LHDN: Permohonan ansuran baki cukai tanpa dokumen sokongan di e-Ansuran

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan perkhidmatan permohonan ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran boleh diakses menerusi Portal MyTax mulai 5 Mac lalu.

Menurut LHDN, inisiatif itu diperkenalkan bagi memudahkan pembayar cukai membuat permohonan ansuran baki cukai atau tunggakan cukai dan mendapatkan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

“Permohonan untuk memohon perkhidmatan e-Ansuran tertakluk kepada beberapa syarat tertentu, seperti jumlah amaun permohonan hendaklah melebihi RM 300.00 dan ke atas dan bagi jumlah bilangan ansuran, ia mesti terhad kepada dua hingga enam kali sahaja.

“Selain itu, hanya ansuran cukai pendapatan yang diterima, termasuk sebarang kenaikan yang mungkin berlaku dan ia turut tidak melibatkan sebarang ansuran yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembayar cukai boleh mengakses perkhidmatan e-Ansuran dengan log masuk ke portal MyTax menerusi pautan https://mytax.hasil.gov.my/ dan memilih peranan yang berkaitan individu, pengarah dan wakil pengarah.

Tambah LHDN, sebagai maklumat tambahan, sebarang pembatalan permohonan e-Ansuran hanya boleh dilakukan di pejabat LHDN.

“LHDN komited dalam menyediakan kemudahan pembayaran cukai yang lebih fleksibel dan mesra pengguna. Pelaksanaan e-Ansuran ini diharap dapat membantu pembayar cukai dalam memenuhi tanggungjawab percukaian mereka dengan lebih mudah dan teratur,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button