
LHDN perkukuh hubungan strategik dengan pihak berkuasa tempatan
ALOR SETAR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus memperkukuh hubungan strategik dengan pihak berkuasa tempatan melalui kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Kota Setar.
Kunjungan tersebut diketuai Pengarah LHDN Negeri Kedah, Nor Azam Mohamad dan disambut Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Hakim Ariff Md Noor, bersama pegawai kanan daerah.
Nor Azam berkata, program itu bertujuan memperkukuh kerjasama dalam memperluas dan memperkasakan penyebaran maklumat percukaian kepada masyarakat.
“Usaha itu dilihat sebagai langkah strategik bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan pematuhan cukai serta menyokong usaha kerajaan memastikan sistem percukaian yang lebih cekap dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, LHDN turut melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial menerusi sumbangan di bawah program Hasil Prihatin bagi membantu mangsa banjir yang terjejas baru-baru ini.
“Komitmen LHDN untuk terus mendekati masyarakat dan membina hubungan erat dengan pelbagai agensi tempatan,” katanya lagi.
Turut hadir dalam sesi lawatan Pengarah Operasi Negeri Seksyen Khidmat Pelanggan, Abdul Halim Abdul Rahman, serta Pengarah Operasi Negeri Seksyen Pungutan, Mohd Faisol Ahmad.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |