LHDN nafi dakwaan data pembayar cukai bocor
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa terdapat isu kebocoran data pembayar cukai.
Menurut LHDN dalam satu kenyataan sebentar tadi, kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin.
“Antara dakwaan yang diterima ialah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.
“LHDN ingin menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf,” kata kenyataan itu.
Selanjutnya, LHDN memandang serius dakwaan tersebut dan meletakkannya sebagai keutamaan yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan pentadbiran percukaian.
“LHDN akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini,” katanya lagi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); menerusi Live Chat dan juga menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






