BERITA SEMASA

LHDN kesan individu, syarikat terbabit aktiviti kripto tidak buat pelaporan cukai

PUTRAJAYA – Individu yang secara aktif menjalani aktiviti transaksi kripto dinasihatkan untuk tampil melaporkan pendapatan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya sedang mengesan golongan terbabit yang tidak membuat sebarang pelaporan cukai.

“Mana-mana individu yang secara aktif menjalankan transaksi ini, kami syorkan supaya menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian sekiranya mereka kurang pasti apakah layanan cukai yang sepatutnya bagi keuntungan yang telah mereka terima daripada aktiviti kripto ini.

“Tetapi yang kita sedang beri tumpuan ini adalah mereka yang menjalankan aktiviti ini dalam saiz yang besar dan tidak buat apa-apa pelaporan kepada kita, terhadap keuntungan yang telah mereka terima.

“Saiz besar di sini merujuk kepada kekerapan transaksi dan juga jumlah transaksi yang mereka lakukan dan tentunya keuntungan daripada transaksi tersebut” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Program Tax Corporate Governance HASIL Dan Pelancaran Program Tax Corporate Governance Fasa Kedua (Pelaksanaan Penuh) yang diadakan di Hotel Zenith, di sini hari ini.

Terdahulu, LHDN mengadakan Ops Token di mana mereka berjaya menemukan syarikat dan perkongsian liabiliti terhad yang sengaja diwujudkan untuk menjadi pengantara kepada transaksi perdagangan mata wang kripto semata-mata bagi mengelakkan pelaporan cukai.

Jelas beliau, mana-mana individu yang terlibat dengan perdagangan mata wang kripto di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button