BERITA SEMASALUAR NEGARA

Van meletup gegar Washington, tiada mangsa cedera

WASHINGTON – Suasana di 23rd Street South, di sini, gempar apabila sebuah van meletup secara tiba-tiba sebelum terbakar dalam kejadian yang mencetuskan panik orang ramai, semalam.

Letupan yang berlaku di tengah-tengah bandar metropolitan itu menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan sekitar, menarik perhatian penduduk dan pengguna jalan raya.

Menurut saksi, kenderaan jenis Mercedes-Benz Sprinter berwarna hitam itu meletup sebelum marak dijilat api.

“Letupan berlaku terlalu pantas. Kami hanya dengar dentuman kuat sebelum nampak api menyambar van. Semua orang panik dan lari menyelamatkan diri,” katanya.

Pasukan bomba dan penyelamat segera dikejarkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran serta memastikan keselamatan awam terjamin.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan termasuk kemungkinan wujud unsur jenayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button