
Letak barangan niaga di laluan awam, tiga peniaga dikenakan tindakan sita
KUALA LUMPUR – Tiga notis tindakan sita dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap peniaga yang meletakkan barang perniagaan di pesiar kaki dan laluan awam dalam operasi malam tadi.
Tindakan dilakukan oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa di Jalan 2/76c Desa Pandan dan Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh).
“Dalam tindakan khas yang dijalankan, sebanyak tiga kes tindakan sita telah dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“Antara barangan yang disita adalah meja/kerusi plastik, khemah dan lain-lain peralatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut DBKL, kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.
“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |