Lepas air sisa buangan ke longkang awam, premis diarah tutup
KLUANG – Sebuah premis perindustrian di sini diarah menghentikan operasi serta-merta selepas didapati melepaskan air efluen 9buangan) tidak terawat ke dalam longkang awam selain menyebabkan pencemaran udara serius akibat kebocoran alat kawalan.
Dalam pemeriksaan oleh abatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini, pihak berkuasa itu mendapati premis berkenaan gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Ekoran itu, tindakan tegas telah diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap alat pembakaran bahan api premis tersebut bagi menghentikan pencemaran dengan serta-merta.
“Arahan di lapangan turut dikeluarkan kepada pihak premis untuk melaksanakan tindakan pembaikan dalam tempoh POK berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, semua premis industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan berkaitan.
Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati mencemarkan alam sekitar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






