BERITA SEMASADALAM NEGERI

Lencongan laluan Gua Musang-Jeli ditutup akibat tanah runtuh

GUA MUSANG – Hujan lebat pada petang semalam yang menyebabkan runtuhan tanah sepanjang 30 meter memaksa laluan lencongan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini ditutup kepada lalu lintas.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, laluan berkenaan ditutup kepada semua jenis kenderaan atas faktor keselamatan kerana ia dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam tadi selepas hujan lebat. Pemeriksaan mendapati berlaku pergerakan air bawah tanah berpunca daripada pembetung yang pecah. Jadi, atas nasihat JKR, jalan ini perlu ditutup segera,” jelasnya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah beliau, hujan yang masih berpanjangan juga boleh menyebabkan keadaan struktur jalan menjadi semakin tidak stabil dan membahayakan pengguna.

Sementara itu, orang ramai dinasihat mengggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Jelawang–Sungai Sam (FT66) seperti yang dicadangkan JKR.

Sebagai langkah keselamatan, penghadang plastik dan papan tanda amaran jalan ditutup telah dipasang untuk mengelak kejadian tidak diingi.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan semula jalan tersebut terpaksa ditanggungkan semalam akibat hujan lebat.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button