BERITA SEMASA

Lelaki warga emas hilang ketika mencari buah durian di Sungai Ara

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun dilaporkan hilang ketika mencari buah durian di kebun miliknya di Sungai Ara, di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Daud, hilang pada petang semalam menyebabkan operasi mencari dan menyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 6.04 petang.

“Maklumat awal yang diterima mendapati mangsa hilang ketika sedang berkebun dan mencari buah durian di kawasan berkenaan.

“Operasi pencarian segera dijalankan bersama pihak polis dan APM di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Namun, sehingga pukul 8 malam mangsa masih gagal ditemukan.

“Selepas berbincang dengan agensi yang terlibat, operasi pencarian ditangguhkan dan dijadualkan disambung semula pada pukul 8 pagi hari ini.

“Walau bagaimanapun, pihak polis teruskan pencarian berdasarkan maklumat tambahan yang diterima daripada keluarga mangsa,” tambahnya.

John turut memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat mangsa supaya segera menghubungi pihak berkuasa bagi membantu pencarian.

Difahamkan, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dalam operasi berikutan keadaan kawasan dusun durian yang agak curam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button