
Lelaki rentung dalam kebakaran flat di Damansara Damai
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di Damansara Damai, Selangor pada pukul 8 malam kemarin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Damansara digerakkan ke tempat kejadian di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.58 malam.
“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik pada pukul 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tambahnya, pihak JBPM masih menyiasat punca kebakaran tersebut dan meminta orang ramai untuk berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian seumpama berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
