BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tukang sembelih korban rebah sebelum meninggal dunia terkena serangan jantung

MANJUNG – Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai gotong-royong korban Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Sitiawan, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, mangsa, Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas selesai penyembelihan lembu ketiga kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Mangsa pengsan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Seri Manjung.

“Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya memetik Harian Metro.

Mangsa difahamkan aktif terlibat sepanjang proses penyembelihan beberapa ekor lembu yang dijalankan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button