BERITA SEMASA

Lelaki rakam gambar, video di tandas wanita diburu

KOTA KINABALU – Pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam gambar atau mengambil video seorang wanita di tandas sebuah pusat beli belah di sini pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut daripada seorang pengadu pada 7 April.

“Kejadian berlaku pada 8.40 malam di mana pengadu menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas dan disyaki merakam gambar atau video perbuatan pengadu.

“Susulan kejadian itu, semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV, suspek merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, berbaju hitam, berseluar coklat, bermisai serta berjanggut nipis selain memakai selipar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi memohon mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan lelaki terbabit untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button