BERITA SEMASA

Lelaki hilang di Lembah Elmina ditemukan selamat di Melaka

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika beriadah di kawasan Lembah Elmina 3, Shah Alam pada 27 Mei lalu ditemukan selamat di rumah neneknya di Melaka.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, mangsa, Mohd Arif Iskandar Samsudin, 21, tidak mengalami sebarang kecederaan semasa ditemukan semalam.

Menurut beliau, maklumat penemuan mangsa dimaklumkan kepada keluarga oleh seorang saudara yang menetap di Melaka.

“Ayah mangsa menerima maklumat daripada saudaranya yang memaklumkan Mohd Arif berada dalam keadaan selamat di rumah neneknya di Melaka.

“Namun, perjalanan dan bagaimana mangsa tiba di sana masih dalam siasatan. Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarga untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kehilangan Mohd Arif selepas beliau tidak pulang ke rumah selepas keluar beriadah pada pukul 7 pagi pada 27 Mei lalu.

Kehilangannya dilaporkan berlaku di kawasan Jalan Metafasa U16/3, Lembah Elmina, Shah Alam dan ketika itu mangsa dilaporkan memakai pakaian sukan berwarna hitam.

Laporan polis mengenai kehilangannya dibuat oleh ibu mangsa selepas usaha menghubunginya gagal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button