BERITA SEMASASUKAN

Legenda All Blacks Sonny Bill Williams diumum jadi duta sukan Johor

JOHOR BAHRU – Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand merangkap juara dua kali Piala Dunia Ragbi, Sonny Bill Williams diumum sebagai Duta Sukan Johor.

Menurut Williams, beliau berhasrat untuk memperkasa belia dan komuniti secara menyeluruh melalui pengajaran serta nilai-nilai murni yang boleh dipelajari daripada sukan.

Ujar Williams, beliau mengakui visi Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam bidang sukan serta rakyat Johor, yang mendorong beliau menerima peranan itu.

“Ucapan terima kasih yang istimewa kepada @hrhcrownprinceofjohor atas visi dan etika kerja baginda untuk negeri yang indah ini sesuatu yang benar-benar mengagumkan saya.

“Dipilih untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bukan sahaja satu penghormatan, malah merupakan satu amanah yang saya pikul dengan penuh tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram milik beliau semalam.

Terdahulu, satu majlis menandatangani perjanjian antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Williams telah diadakan di sini semalam.

Williams, 39, yang meraih 58 kaps bersama pasukan New Zealand, merupakan sebahagian daripada pasukan yang menjuarai Piala Dunia pada 2011 dan 2015.

Bulan lepas, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan beberapa ikon sukan akan dilantik sebagai Duta Sukan Johor termasuk Datuk Lee Chong Wei, Khabib Nurmagomedov dan Tim Cahill.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button