BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lee Jae-myung dilantik Presiden Korea Selatan selepas menang pilihan raya mengejut

SEOUL – Lee Jae-myung dilantik secara rasmi sebagai Presiden Korea Selatan hari ini, bagi tempoh lima tahun akan datang selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) mengesahkan kemenangannya dalam pilihan raya mengejut.

Menurut laporan agensi berita Yonhap, Jae-myung calon daripada Parti Demokratik (DP) yang berhaluan liberal, memenangi pilihan raya dengan 49.42 peratus undi.

Beliau menewaskan pencabarnya daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang konservatif, Kim Moon-soo yang meraih 41.15 peratus.

Jae-myung menyandang jawatan presiden secara rasmi pada pukul 6.21 pagi (waktu tempatan), sejurus NEC meluluskan keputusan pilihan raya dalam satu sesi pleno.

Tidak seperti proses peralihan biasa, Jae-myung terus memegang jawatan tertinggi negara tanpa tempoh peralihan, memandangkan pilihan raya itu diadakan secara mengejut bagi menggantikan bekas Presiden Yoon Suk-yeol.

Suk-yeol digulingkan susulan kegagalannya melaksanakan undang-undang tentera dalam situasi darurat, menyebabkan negara mengalami krisis kepimpinan yang mendesak.

Sepanjang tempoh interim, jawatan presiden dipangku oleh Menteri Pendidikan, Lee Ju-ho.

Dengan pelantikannya, Jae-myung juga mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua komander tentera Korea Selatan.

Pelantikannya itu menandakan kembalinya kuasa pemerintahan kepada blok liberal selepas tempoh pemerintahan konservatif yang singkat di bawah Suk-yeol.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button