
Lebih setengah tahun jalan terputus, JKR digesa cepatkan baiki jalan di Felda Pasoh
SEREMBAN – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menggesa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mempercepatkan proses membaik pulih jalan utama di perkampungan Felda Pasoh 1 dan Pasoh 4 yang berlubang dan terputus sebelah jalan sejak awal Januari lalu.
Jalaluddin berkata, meskipun pihaknya telah memohon baik pulih jalan tersebut kepada JKR Jelebu sejak 16 Januari lalu, sehingga hari ini tiada sebarang proses dilakukan pihak berwajib untuk menyelesaikan aduan rakyat ini.
“Bagi memastikan keselamatan kira-kira 4,000 pengguna jalan raya dan penduduk di Pasoh 1 dan Pasoh 4, penduduk kampung mengambil inisiatif meletakkan kon sebagai tanda amaran kerana kebimbangan mereka sekiranya berlaku kemalangan di kawasan tersebut.
“Kebimbangan mereka bukan semata-mata kerana jalan berkenaan rosak atau berlubang namun ianya juga berpunca daripada tiada lampu jalan di kawasan tersebut.
“Sehubungan itu, saya mengambil serius isu ini dan meminta pihak bertanggungjawab untuk menyegerakan tindakan baik pulih jalan berkenaan, demi menjaga keselamatan dan keselesaan penduduk setempat,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau melakukan lawatan di lokasi kejadian hari ini.
Dalam pada katanya, semasa melawat lokasi tersebut, beliau dimaklumkan oleh wakil Selia Selenggara Group bahawa kerja-kerja baikpulih akan bermula pada 3 Julai ini.
Namun beliau meminta isu itu ditangani segera dan jalan itu dapat dibaiki dengan cepat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |