BERITA SEMASA

Lebih RM1 bilion lesap akibat penipuan atas talian tahun lalu

KUALA LUMPUR – Lebih RM1 bilion wang rakyat Malaysia hilang akibat penipuan di pelbagai platform media sosial sepanjang tahun lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kes buli siber pula mencatatkan tidak kurang daripada 10 kes dilaporkan setiap hari, satu angka yang sangat membimbangkan.

“Ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh,” katanya pada satu hantaran di laman X hari ini.

Beliau membangkitkan isu ini semasa ditemu bual oleh Channel News Asia (CNA) di Singapura semalam.

Fahmi berkata, MCMC telah mengumumkan keperluan kawal selia bagi perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai jumlah sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia.

“Melalui kerangka kawal selia baharu itu, penyedia media sosial perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di platform mereka.

“Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa jenayah siber,” katanya lagi.

Fahmi menyatakan bahawa usaha memerangi jenayah dalam talian pada masa kini menjadi fokus negara-negara serantau.

“Insya-Allah, ASEAN akan bekerjasama dalam meneliti kerangka kawal selia lebih tegas bagi memastikan ekosistem internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button