Berita Semasa

Lebih 10,000 peserta meriahkan acara Larian Hari Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Lebih 10,000 peserta memeriahkan acara Larian Hari Wilayah Persekutuan yang diadakan di sini malam semalam.

Acara larian itu yang dianjurkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Zaliha Mustafa.

Menurut Jabatan Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan, acara itu adalah kali pertama dilaksanakan dan mendapat sambutan sangat menggalakkan.

“Ini sangat bertepatan dengan visi Bandar CHASE, melalui Healthy City, yang selalu disebut sebelum ini.

“Program seperti ini bukan sahaja hanya sekadar larian, tetapi juga simbol kesatuan, kecergasan dan semangat kebersamaan komuniti kita,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Zaliha Mustafa meraikan peserta cilik yang berjaya menamatkan Larian Hari Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Sementara itu katanya, bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut, acara sama juga akan diadakan di Labuan pada 9 Februari dan Kuala Lumpur pada 16 Februari ini. 

“Untuk KL dah sampai sasaran peserta, tapi di Labuan masih lagi dibuka untuk penyertaan.

“Orang Labuan boleh daftar ramai-ramai,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button