BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Peniaga kecil masih layak beli LPG bersubsidi – Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Peniaga kecil termasuk penjaja dan pengusaha pasar malam masih dibenarkan membeli gas petroleum cecair (LPG) silinder 14 kilogram (kg) pada harga bersubsidi RM26, meskipun timbul kekeliruan bahawa subsidi tersebut telah ditamatkan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah mendapatkan pengesahan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bahawa subsidi LPG 14kg masih dikekalkan oleh kerajaan.

“Tanpa subsidi, harga sebenar silinder ini boleh mencecah RM70. LPG jenis ini disasarkan untuk kegunaan isi rumah dan penggunaan oleh peniaga kecil yang tidak melebihi tiga tong masih dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menghentikan subsidi, sebaliknya memperketat penguatkuasaan bagi membanteras penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Anthony berkata beberapa peniaga yang menerima notis daripada pihak berkuasa tidak dikenakan saman atau denda.

“Itu bukan saman, tetapi satu peringatan bahawa penggunaan melebihi tiga tong memerlukan permit khas.

“Saya faham kekeliruan ini berlaku khususnya di pusat penjaja yang mempunyai banyak gerai dan penggunaan gas yang pelbagai,” katanya.lagi.

Katanya, beliau telah menyampaikan isu berkenaan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan akan membawanya ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan untuk penambahbaikan dasar.

“Kerajaan hanya mahu elak ketirisan dan pastikan subsidi sampai kepada golongan sasar.

“Peniaga kecil tidak perlu risau, subsidi ini masih kekal untuk kegunaan mereka dalam skop yang ditetapkan,” katanya lahi.

Tambahnya, butiran lanjut berhubung pelaksanaan dasar tersebut akan diperhalusi supaya ia dapat dilaksanakan secara adil, jelas dan tidak membebankan peniaga kecil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button