BERITA SEMASA

Lawatan ke China: Akmal beri petanda positif untuk Melaka

KUALA LUMPUR – “InsyAllah, sesuatu yang baik bakal datang ke Melaka,” kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan perkembangan positif lawatan kerja rasmi Kerajaan Melaka ke Shanghai, China.

Dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Akmal turut memohon doa agar segala perbincangan dan perancangan yang sedang dijalankan bersama beberapa konglomerat utama di China dipermudahkan.

Lawatan selama dua hari itu diketuai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi negeri, yang turut disertai oleh Muhamad Akmal, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta Pengarah MIDA Negeri Melaka, Jaibalan Harirajan.

Menurut Ab Rauf, pertemuan bersama konglomerat China melibatkan pelbagai sektor berteknologi tinggi seperti petrokimia, penstoran bateri, penebat kaca serta tenaga boleh diperbaharui.

Ab Rauf berkata, beliau turut mempromosikan projek berimpak tinggi Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SMWEZ) yang dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan koridor ekonomi baharu negeri Melaka.

“Kerajaan negeri optimis lawatan ini dapat memberi impak besar untuk menarik lebih ramai pelabur berpotensi, terutamanya dari China. Kita turut memperkenalkan beberapa inisiatif serta dasar mesra pelabur yang akan terus menjadikan Melaka destinasi pelaburan utama,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button