BERITA SEMASADALAM NEGERI

Lawatan Cakna: JHEV ATM bukti keprihatinan warga veteran

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki semalam mengadakan Lawatan Cakna ke Kuala Pilah dan Rantau dalam menjaga kebajikan veteran ATM di kawasan terbabit.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan kebajikan veteran ATM sentiasa terpelihara selain mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi mereka.

Program berkenaan juga memberi peluang kepada JHEV ATM untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai inisiatif dan bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh veteran serta keluarga mereka.

Sepanjang lawatan di Kuala Pilah, Semaon melawat lima kediaman veteran yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan kronik seperti strok dan menguruskan anak dari kategori orang kurang upaya (OKU).

Beliau turut mendengar sendiri keluhan mereka serta berkongsi langkah-langkah bagi meningkatkan taraf hidup golongan terbabit.

Semaon Marjuki bertemu veteran dan balu tentera semasa Lawatan Cakna ke Kuala Pilah dan Rantau dalam usaha menjaga kebajikan veteran ATM di kawasan terbabit.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah bantuan perubatan, kebajikan serta peluang latihan dan pekerjaan bagi veteran ATM yang berkelayakan.

Sementara itu, di Rantau, seramai lima veteran turut ditemui untuk berkongsi maklumat dan mencari penyelesaian dalam aspek ekonomi serta bantuan yang diperlukan.

“JHEV ATM bertekad untuk terus mendekati para veteran dengan menyediakan pelbagai inisiatif serta program kebajikan demi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

“Lawatan Cakna seperti ini akan diteruskan ke daerah-daerah lain bagi memastikan semua veteran ATM mendapat perhatian sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol Azwadi Jamian dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Mejar Muhammad Zarifi Tumin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button