BERITA SEMASA

Laporan forensik video skandal rasuah ADUN Sabah siap minggu depan

PUTRAJAYA – Laporan forensik mengenai video skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, dijangka disiapkan minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, hari ini.

“Saya jangka dalam seminggu lagi, seminggu lagi akan keluar. Saya ada bertanya dengan pegawai saya, saya pun tidak mahu lambat perkara ini.

“Jadi semua pihak bertanya kenapa lambat dan sebagainya. Jadi saya jangka dalam seminggu lagilah.

“Mereka memerlukan masa sedikit lagi kerana 10 video bukan satu video.” Katanya kepada pemberita ketika hadir pada Persidangan Badan Anti Rasuah Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Jelas beliu, apabila disiapkan, laporan berkenaan akan diteliti seadilnya.

“Kita perlu tengok dan teliti, kita kena adil. Nanti ada pihak mempertikaikan pula adakah ini satu forensik yang adil dibuat dan sebagainya.

“Jadi kita kena buat cara eloklah,” katanya lagi.

Laporan media sebelum ini mendedahkan, SPRM menerima rakaman video tersebut Mac lalu.

Video itu antara lain mengandungi pendedahan mengenai permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Difahamkan, setakat ini lapan individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk satu kes baru melibatkan tohmahan yang turut disiasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button