BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lapan pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Mesir

KAHERAH – Education Malaysia Egypt (EME) memaklumkan lapan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Port Said pada pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut EME, lima pelajar, iaitu Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi serta Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital As Salam Port Said.

Sementara itu, tiga lagi iaitu Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri serta Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.

“Sebaik menerima khabar tentang kemalangan kereta yang menimpa lapan penuntut Malaysia, dua Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME iaitu Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mereka,” kata EME dalam satu hantaran di Facebook.

Education Malaysia Egypt

Tambah EME dalam kenyataan sama, insiden itu mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said.

Mereka terdiri daripada Dr. Syaima Amir Al Bana, Dr. Fauziyah Muhallal, Dr. Ahmad Al Sudani dan Madam Syaima’ Al Huseini untuk membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudahcarakan pengurusan bersama pihak hospital.

“Menjelang awal pagi Ahad tiga orang pelajar yang dirawat dalam wad telah selamat dibawa ke hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button